Semenjak dua menjak ni banyak pinkyfrog dengar rungutan rakan craft yang bercerita tentang pelanggan tak membuat bayaran selepas dapat barang dan ada juga teman membaca crafter Malaysia yang guna gambar kemudian claim itu dia punya kraf, yang mengamalkan sikap negatif seperti cemburu, hasad dengki, bunuh harga market bla-bla bla. Macam-macam hal.
Sedih juga bila memikirkan nya. Almaklumlah, dunia krafting online Malaysia ni bukan nya besar. Pusing-pusing orang yang sama juga yang menjualnya. Teman pon kurang pastilah kenapa lah bila nak berkraf tu boleh sempat nak ada rasa cemburu dan dengki. Kalau di tukar rasa cemburu itu menjadikan diri lebih positif dan kuat berusaha rasanya tak apa lah. Cemburu positif gitu. Teman selalu mengingatkan diri teman yang ILMU yang teman ada pon haluih benar, ramai taiko-taiko crochet yang hebat belaka kalau nak di bandingkan dengan diri ini yang kerchil. Itu yang membuatkan teman sentiasa terus nak belajar.
Yang teman nak story ni cemburu yang memburuk-burukan krafter lain. Haish! Gapo leh jadi camtu? Layan kraf elok-elok lah, buat comel-comel, molek-molek pasti ramai jek suka. Takyah gaduh-gaduh. Krafting kan untuk rehatkan minda, gapo nak stress-stress. Yang bagusnya bila kraf yang dibuat menjadi side income. Elok lah gitu. Macam pepatah peminat cendol kata "Sambil makan cendol, minum cendol".
Catatan ini bukan ingin mengadili sesama crafter, tetapi lebih kepada muhasabah diri sendiri. Yelah, kita semua ni manusia biasa, tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Itu sebabnya teman lebih senang berkrafting santai daripada mengambil upah yang memang tak cukup tangan. Bila teman riang ria berkrafting, Ia membuatkan teman lebih mudah mengexpress kreativiti teman. Selalunya pelanggan teman membuat bayaran selepas gambar di post / selepas item sampai. Kalau tidak muat atau tidak suka dengan hasilnya, teman sedekah sahaja, tidak perlu membuat pembayaran. Itulah cabaran nya bila teman berkraf nih. Tapi nak buat cemana kan. Yang penting buat yang terbaik ajelah. Seperti teman tulis di atas nun "Riang ria lah kita bercrochet". Anggap lah dugaan tu sebagai cabaran dalam diri kita dan sentiasa belajar dari pengalaman yek.

Chee tengok Baby Zara tuh, dia tengah posing Makcik Rose Headband Crochet. Konon cute lah tuh! Kwek, kwek kwek!
Size: 3M-6M
Disebabkan muka baby Zara ramai rakan-rakan kata macam boy sikit. Ate teman pon pakaikan lah dia headband. Nampak lah macam makcik-makcik sikit. Aksesori di kepala untuk baby ni samada beanie, hairclip atau headband ni kadang-kadang baby memang tak suka pakai. Rimas mungkin. Tapi kalau dah dibiasa kan pakai, nanti baby pon selesa lah.
Nanti sambung celoteh lagi. Tee hee! (⌒ε⌒*).