Cerita pasal crochet ni, Bila nak membuat crochet ni, memang perlukan ketenangan dan kesabaran. Betul! tak tipu:) Kraf crochet ni semestinya kraf yang memakan masa untuk membuatnya.
Itu sebab kalau yang mula-mula nak mencuba buat, tapi bila terkenangkan nak mengait tu, aiseh putus harapan. Makan masa. Yang penting jangan putus asa. Bila dah lama-lama nanti laju lah mengait. Kalau boleh buat masa duduk santai. Tengah relaks tu, sambil minum "Milo O" panas, tak perlu kerusi nenek-nenek yang goyang-goyang tu. Tapi kalau ada best jugak yek. Sedar-sedar dah siap satu projek crochet.
Bagi pinkyfrog kraf crochet lebih mudah dari kraf knit. Kalau mula-mula berjinak crochet atau knit, memang terasa sengal-sengal jari tu. Dah lama nanti pasti laju cam Speedy Gonzales. Dulu selalu kita fikir crochet / knit ni hobi untuk orang tua-tua sahaja... TIpu jek tu, semua boleh layan, Boys or girls semua boleh cuba, kait sampai lenguh.
Akhirnya siap pun Ping Pong Crochet Booties ni. Special request dari one of the Pinkyfrogshop visitors dari Taman Air Keroh Heights, Melaka. Untuk anak buah katanya. Long Cut Booties ni, Boleh lipat jadi booties biasa. Ala 2 in 1 gitu. Kemudian ada tali bola pingpong tu jerut lah kan. Sometime we can see crocheter using the pom-pom ball, kali ini kita tukar lah.Bikin lain sikit.
Comel pulak tengok bola-bola depan booties tu. Sendiri puji :). Bleh tahan jenuh nak menggentel ping pong ball tu. ( My daughter called it Pingpong ball).
Nanti sambung celoteh lagi. Tee hee!. (⌒ε⌒*)