εїз Miumiu Riben & Butterfly Pinkyfrogshop Free Pattern εїз

Monday, August 8, 2011
 ❁ Pattern Miumiu adalah sebahagian daripada pattern yang akan di muatkan di dalam buku Jahitan Crochet - Siri 2 - Topi.
❁ Kepada yang telah mencuba, bolehlah emailkan gambar Miumiu kepada Pinkyfrog di pinkyfrogshop@gmail.com / di FB untuk di kongsi bersama peminat kipas crochet.
❁ Ini adalah sebahagian daripada Crochet Magic Ring Trick oleh Pinkyfrogshop.
iaitu Crochet Magic Ring Ribbon & Crochet Magic Ring Butterfly.

Anda perlukan:
*Benang Nona crochet: Pink, kelabu.
*Headband / Sepit
*Jarum crochet size – 3.0 / 3.5 mm
*Gunting

Bagi projek ini, anda boleh menggunakan benang tebal atau boleh menggabungkan dua lembar benang dari benang jenama NONA yang nipis untuk menjadikan projek nampak lebih tebal. Di akhir projek ini anda akan menghasil crochet berbentuk riben kecil / butterfly kecil.

Jenis Kait yang diperlukan: Magic Ring

❁ Pattern ini amat mudah dilakukan dan cepat di siapkan. Selamat mencuba. ⎝≧⏝⏝≦⎠

Langkah-langkah:
Guna benang pink
1. Pastikan anda melebihkan benang beberapa inci. Lakukan teknik MAGIC RING. ( 8 kait).
❁ Teknik magic ring boleh di pelajari di Youtube tutorial (search word: magic Ring crochet  ATAU dari buku Jahitan crochet Siri 1.
2. Simpul benang pada magic Ring. Kemudian lebihkan benang sebelum melakukan tetas benang menggunakan gunting.
3. Lakukan sepasang bagi membentuk riben.
4. Masukkan lebihan benang awal tadi di bahagian tengah MAGIC RING di antara satu sama lain .
5. Simpul mati sekali lagi di tengah-tengah di antara dua MAGIC RING.
❁ Pastikan anda melebihkan benang beberapa inci baru lah di tetas benang menggunakan gunting.

Guna benang kelabu
6. Mulakan dengan melebihkan benang beberapa inci. Kemudian lilit benang di tengah riben beberapa kali bagi membentuk tengah riben. Simpul mati benang.
❁ Pelbagai kan riben yang anda lakukan mengikut kreativiti anda, sama ada potong hujung lebihan tadi atau lakukan tocang daripada lebihan awalan benang tadi.
❁ Teknik ini boleh digunakan untuk membuat butteryfly.

ⓛⓞⓥⓔ♥☜ Miumiu riben boleh di gunakan untuk hiasan di headband, getah rambut, topi, booties dan pelbagai lagi. ☞♥ⓛⓞⓥⓔ♥
❁  Pattern ini adalah percuma /FREE dan dibenarkan untuk digunakan bagi menghasilkan untuk kegunaan sendiri / jika anda menggunakan untuk menghasilkan output bagi jualan / tutorial kelas mengait, anda hendaklah mencatatkan credit pattern kepada link blog Pinkyfrogshop. Keprihatinan anda dalam menghargai penghasilan pattern seni kait crochet amatlah di hargai. ⎝≧⏝⏝≦⎠

Nanti sambung celoteh lagi. Tee Hee!. (⌒ε⌒*).

 

©Copyright 2007-2014 We are Malaysian hard-working people doing home-based crochet n knitting and support minimalism in kawaii crafts

Malaysian Handmade Crafts- The Kawaii Geek. | Credit: Ariane