Bilik Kraf Budget. Craft room yang kawaii.

Wednesday, June 27, 2012
 Inilah bilik budget kraf saya. Small room untuk lepak main internet. Selalunya kalau buat kerja-kerja programming / check email/ update blog/ atau labeling / lukis-lukis di sini lah lepak nya. Zaraceri tukang sepah. Di sini juga diletak barang supplies seperti fabrik atau peralatan mengait. Bilik ini juga ada diletakkan sofa, sebab selalunya kerja macam burung hantu. sedar-sedar dah pagi. zzzZz.
Meja tu lepas kumpul duit dapat beli. Ianya boleh alih-alih. Kejap lurus kejap senget. Rumah saya tidak mempunyai banyak perabut. Disebab saya suka susun atur perabut yang ada setiap bulan. Kebanyakan perabut saya jenis ringan boleh pindah dan susun. Stool dan kerusi tu dari kedai perabut second hand. Yang envelop biru yang sangkut tu beli di Daiso. Untuk letak surat / tools kecil. Papan hitam itu pula adalah dari Ikea.

 Tangga tu saya jumpa orang buang. Kita buat gantung fabrik. Saya memang fan polka dot. Semuanya nak polka dot. ehek! Jam tu sudah rosak. Nasib lah cun. Beli kat Kedai Romantika. Drawer polka dot tu dapat dari kumpul point credit card. muahaha.
Bantal ini baru siap buat. Tak gosok lagi. Untuk dibuat edging crochet pillow bagi projek bulan hadapan. Yang kacang saje.

Bilik kraf budget rendah dan jimat. Paling penting sekali, rajin sapu sampah & mop. :)
Moga ia memberi idea bahawa walaupun mempunyai budget rendah namun boleh mempunyai bilik kraf yang praktikal. Terima kasih kerana jenguk-jenguk pinkyfrogshop. Nanti datang lagi yek.

Your Kawaii Friend,
Lina A.R (ღ˘◡˘ღ)
 

©Copyright 2007-2014 We are Malaysian hard-working people doing home-based crochet n knitting and support minimalism in kawaii crafts

Malaysian Handmade Crafts- The Kawaii Geek. | Credit: Ariane