Thank You ♥ Ravelry ♥

Tuesday, July 31, 2012
 Ravelry merupakan sebuah laman web sosial yang di lancarkan pada 2007 oleh pasangan husband & wife ♥ Casey & Jessica Forbes. ♥ . Laman web ini membantu penggiat dan penggemar aktiviti mengait iaitu knitters, crocheters, pereka, benang, dan dyers sebagai database penyimpanan maklumat pattern, benang, peralatan, perkhidmatan jual-beli dan melihat kepada orang lain untuk idea dan inspirasi.
 Komuniti di laman ini membantu mengemaskini maklumat pattern dan benang yang digunakan bagi melakukan projek. Samada untuk jualan atau berstatus percuma di berikan. Untuk pattern FREE, perlulah di lihat term & condition yang di nyatakan oleh pereka pattern.
Website: http://www.ravelry.com
Most of the FREE pattern hanya membenarkan output penghasilan untuk penggunaan personal dan charity sahaja. Unless di beritahu outputnya boleh dibuat jual.
Pattern Pinkyfrogshop Spiral Bunga Pot Mat juga ada saya letakkan di selection pattern @ Ravelry.
Buat masa ini Ravelry masih lagi tiada apps nya namun begitu ia mudah dilayari dari laman telefon menggunakan web browser.
 Selain itu setiap ahlinya boleh mengemas kini perkembangan aktiviti kait mereka dengan menjadikan laman ini sebagai diari pengait. Oleh itu kita boleh melihat sendiri dan melatih diri kita agar lebih organized di dalam penghasilan kraf kait.


Seperti rangkaian sosial lain, laman web tersebut mempunyai forum, group, dan tools message untuk memberikan ahlinya untuk berinteraksi / menjalan kan aktiviti sosial, swap project, CAL dengan knitters crocheters lain dari seluruh dunia.How cool is that!

Sudah pasti laman web ini adalah merupakan laman web yang harus di kunjungi oleh semua penggemar aktiviti mengait. Jadikan ia sebagai rakan baik anda. Aktiviti mengait adalah lebih fun apabila dilakukan bersama-sama. Selepas ini anda tidak ada alasan untuk tidak tahu mengait. Jika shy-shy bertanya, Ravelry kan anda. ≧◡≦
Jangan lupa add saya "Pinkyfrogshop" sebagai friends anda di Ravelry.

Thank You ♥ Ravelry

Your Kawaii friend;
Lina A.R
≧◡≦
 

©Copyright 2007-2014 We are Malaysian hard-working people doing home-based crochet n knitting and support minimalism in kawaii crafts

Malaysian Handmade Crafts- The Kawaii Geek. | Credit: Ariane