Di antara idea untuk memegang benang yang saya guna kan apabila knitting atau crocheting ialah seperti di bawah:
Klip Sidai Baju: Apabila melakukan teknik intarsia untuk projek kecil selalu saya gunakan klip sidai kain ini.
Klip Sidai Baju: Apabila melakukan teknik intarsia untuk projek kecil selalu saya gunakan klip sidai kain ini.
Label Benang: Teknik ini jika saya gunakan untuk memisahkan dari 1 yarn ball menjadi dua ball.
Klip Uncang Teh Boh: Saya dapat klip ini secara percuma apabila membeli teh boh. Saya tidak menggunakan nya untuk uncang teh tetapi untuk memegang benang.
Klip Roti: Ini teknik paling budget sekali, untuk pegang sedikit benang sahaja.
Klip Wayar Handphone: Klip ini saya guna kan apabila membuat banyak pertukaran warna benang dan boleh memegang banyak juga yarn apabila mengait.
Banyak lagi teknik yarn holder nya apabila mengait / knit, nanti kalau ada lagi gambar saya tepek sini. Selamat mencuba.
Your Kawaii friend,
Lina A.R ⎝≧⏝⏝≦⎠
Lina A.R ⎝≧⏝⏝≦⎠