Gadget Yarn Ball winder. Aktiviti bersama anak-anak. Fun-fun.٩(͡๏̮͡๏)۶

Tuesday, August 7, 2012
 Ini ialah Yarn ball winder. Budget brand from China. Ball winder digunakan untuk membuat  yarn dari bentuk Hanks ke dalam bentuk ball. Jika anda membeli kebanyakan benang dari online atau ingin menggulung yarn sendiri buat berniaga, kita boleh mempertimbangkan untuk membeli ball winder ini. Boleh email di pinkyfrogshop@gmail.com atau di FB Page  atau order di Danshari art & crafts Store.

 Mula-mula kena clamped pada table dulu besi bawah tu, supaya device tu kukuh di tempatnya. Tidak bergerak-gerak semasa proses di jalankan.
 Kemudian ketatkan bentuk silinder tu. iaitu tempat nak gulung yarn nanti.
 Jangan lupa besi pengawal benang pon di ketatkan.
 Baru testing pusing...pusing.
 Kemudian ambil hujung yarn ball, letak seperti di dalam gambar.
 kawal dengan tangan pon boleh. Sebab tak ada umbrella swift.
 Proses pusing. 
 Biasanya dapat menggulung 1 yarn ball dalam 50 meter pada 1 masa.
Disadvantage brand budget ini ialah, jika kita leka atau tak teliti, nanti yarn tersangkut di bawah silinder tu.
Pada saya tiada masalah kerana hanya perlu fokus dan rajin pusing-pusing sampai lenguh. Selain untuk keperluan dan dapat berjimat.
 Ini dah dapat banyak dah. Dari yarn 100 gram buat bentuk 50 gram. Senang nanti kalau ada projek yang banyak change color.
Buat kecil-kecil saiz benang ball.
Ataupun boleh buat hadiah untuk kawan-kawan kraf.

Dalam bakul tu untuk craft swap gift. Yang di rak untuk jualan.
Kata tak banyak benang. Tiba-tiba jadi banyak benang sudahnya.
Pening makcik. (⁀‵⁀,)
(credit picture: http://espacetricot.com/featured.html)
Jika ada extra money, boleh beli yarn ball & Umbrella Swift brand baik sikit dari jenama Royal.
Baru semangat lebih sikit nak yarn winder.

Your Kawaii Friend,
Lina A.R ⎝≧⏝⏝≦⎠
 

©Copyright 2007-2014 We are Malaysian hard-working people doing home-based crochet n knitting and support minimalism in kawaii crafts

Malaysian Handmade Crafts- The Kawaii Geek. | Credit: Ariane