D. Pauline Q @ Geng Kraf Kacang: Cemana nak pakai acuan bebola benang ni? Sila tunjuk ajar.. huhuhu.
Ini nama dia pom-pom maker. Digunakan untuk membuat bebola benang. Kalau tidak ada maker ini, guna kertas keras pon boleh. Kalau jenis ini ia dijual bersaiz dan sepasang bagi setiap saiz.
Boleh mendapatkannya di: Danshari Art Store
Boleh mendapatkannya di: Danshari Art Store
Letakkan maker ini di dalam keadaan seperti di atas.
Mulakan dari hujung dan pusing benang sampai penat. ᵔᴥᵔ
(Lagi gemuk benang lagi puff lah bebola benang tu)
(Lagi gemuk benang lagi puff lah bebola benang tu)
Selepas selesai pusing-pusing benang, ketip / klip putih di kiri dan kanan maker tu, kemudian gunting benang yang terbentuk di antara maker tu.
Seperti di dalam rajah, kita dah gunting benang tu.
Selepas itu, ambil sedikit benang lain untuk dibuat ikatan (knot). Letak benang tu di antara sempadan maker tu ye. Ikat mati.
Lakukan kemasan pada bebola benang tadi.
Siap dah pom-pom (bebola benang)
Boleh di hiaskan pada topi, atau apa sahaja kraf yang kawaii. Kawaii yek.
Terima kasih kerana jalan-jalan pinkyfrogshop. Diharapkan tutorial ini dapat membantu kawan kawaii yang nak membuat pom-pom gemuk.
Jika ada masa kelapangan kita berjumpa lagi. Selamat mengait kawan-kawan.
Jika ada masa kelapangan kita berjumpa lagi. Selamat mengait kawan-kawan.
Untuk sebarang Q dan pertanyaan boleh rujuk di Geng Kraf kacang di http://www.facebook.com/groups/sukacrochet/
Your kawaii friend,
Lina A.R