Geran Get Malaysian Business Online (GMBO)

Tuesday, March 19, 2013
Ini mungkin merupakan motivasi untuk anda berniaga secara online. Membina laman web dan ingin mencapai pembeli kini adalah lebih mudah. Kalau dahulu mungkin kos akan memeningkan kepala anda tapi kini dengan adanya Program Get Malaysia Business Online (GMBO) adalah mungkin penggerak untuk anda mencuba.
Ia merupakan program Kerajaan Malaysia "Get Malaysian Business Online" (GMBO) pada 2012  dengan kerjasama oleh Google Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), my Domain Registry dan pusat latihan ITrain (M) Sdn. Bhd. (ITrain) bertujuan membantu pengusaha PKS di negara ini membawa perniagaan mereka ke dalam dunia Internet.
Kini ia juga memberi geran sebanyak RM1000 kepada individu yang layak.

Ada 2 cara untuk mendapatkan geran GMBO ini, sama ada anda telah membeli/memiliki
(.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) ini dari mana-mana web hosting dan terus memohon geran dari laman web skmm di bawah ATAU hanya tekan button MERAH di laman web di atas. iaitu untuk mendapatkan perkhidmatan web domain dari program ini (Rocksoft Hosting Provider) dan gunakan template web yang di sediakan kan oleh Google tersebut.
Pastikan anda telah memiliki akaun email GMAIL.
Syarat-syarat kelayakan mendapatkan geran RM1000 ini ialah:

i. Warganegara Malaysia dengan keutamaan kepada wanita yang berumur di antara 18-65 tahun;
ii. Pendaftaran/Lesen Perniagaan/Syarikat;
iii.Pendaftaran nama domain (.my) atau (.com.my) atau (edu.my) atau (net.my) atau (org.my) dan laman sesawang yang aktif;
iv. Langganan kepada perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar atau ahli berdaftar dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)
v. Mempunyai akaun bank tempatan atas nama usahawan/perniagaan/syarikat yang digunakan untuk perniagaan
vi. Keutamaan kepada usahawan mikro-jumlah pekerja (sepenuh masa) tidak melebihi 10 orang atau pendapatan tidak melebihi RM 200,000 setahun.

Soalan yang mungkin selalu di aju tentang geran ini:
Bagaimana jika anda tiada langganan perkhidmatan jalur lebar/unfi?
Jawapan: Mungkin anda mempunyai suami atau saudara yang melanggan nya, dapatkan no akaun perkhidmatan lajur lebar tersebut.
Jika ada perniagaan melalui FB sahaja boleh memohon geran GMBO ini?
Jawapan: Tidak, anda perlu memiliki domain dahulu. Program ini memang untuk menggalakkan warga Malaysia khusus nya perniaga wanita untuk memiliki perniagaan secara laman web. Perniagaan yang dilakukan untuk mendapatkan geran ' Get Malaysia business Online ini pula tidak terhad.
Bagaimana saya ingin tahu saya berjaya atau tidak mendapat geran ini?
Jawapan:  Proses sama ada anda mendapatkan geran RM1000 ini mungkin mengambil masa lebih daripada sebulan dan program ini akan tamat pada akhir tahun 2013. Cepat! Peluang ini harus di ambil. Jika anda memang layak, geran tersebut akan di masukkan ke dalam akaun bank anda nanti.
Adakah duit geran Rm1000 perlu di beritahu penggunaan nya untuk apa kepada SKMM?
Jawapan:  Tidak perlu memaklumkan kepada SKMM, mereka akan memantau laman web yang telah anda reka tadi. Wang geran tu adalah lebih berkat jika anda menggunakan untuk perniagaan anda. Mungkin untuk pembelian stok atau membeli peralatan memudahkan perniagaan dan sebagainya.

 Di atas ini merupakan contoh laman web pinkyfrogshop.com.my yang menggunakan
program GMBO dan domain Rm23 tersebut.
Jika anda menggunakan perkhidmatan dari servis GMBO google ini, daftar dengan memasukkan email Gmail anda dan isi maklumat template web. Selepas memilih domain pilihan, lakukan pembayaran kepada Rocksoft Web Hosting Provider kemudian tunggu sehingga domain anda aktif. Selepas ada web domain sendiri dan syarat-syarat lain dipenuhi barulah boleh memohon geran gmbo.
Tidak sampai seminggu anda akan memiliki laman web anda sendiri.
Pilihan ini mudah namun featuresnya terhad untuk anda mengawal atau mencantikkan laman web tersebut. Hanya guna template sedia ada.
Pilihan ini sesuai untuk mereka yang baru berjinak dalam membina laman web dan mungkin anda tidak mahu pening kepala dalam masalah scripting web dan coding kerana semuanya adalah template siap dan hanya perlu mengisi content web sahaja.
Untuk sebarang pertanyaan anda boleh hubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Maklumkan tentang program Geran GMBO dan boleh ajukan masalah atau pertanyaan kepada mereka.
No Telefon: 1800 88 4040
Selamat berjaya! Dapat geran boleh beli benang & tools, books, spindles, spinningwheel, beli handphone, beli ipad, beli basikal, beli samsung camera, beli air coolblog, beli KFC cheesy wedges, beli tudung polkadot, beli belah. kwekkwek! :) acah je, duit geran nanti di gunakan untuk urusan kerja juga.


Terima kasih kerana jenguk pinkyfrogshop. Untuk sebarang Q dan pertanyaan tentang crochet/knit boleh rujuk di Geng Kraf kacang di http://www.facebook.com/groups/sukacrochet/
Happy Knitting kawan-kawan kawaii.
Your kawaii friend,
Lina A.R ⎝≧⏝⏝≦⎠

 

©Copyright 2007-2014 We are Malaysian hard-working people doing home-based crochet n knitting and support minimalism in kawaii crafts

Malaysian Handmade Crafts- The Kawaii Geek. | Credit: Ariane