Seronok nya mengait Cadar / blanket Crochet, Jom beli blanket handmade di PInkyfrogshop: Danshari Arts & Crafts.

Monday, June 24, 2013
Wah apa yang seronoknya apabila belajar mengait crochet. Antaranya ialah kita boleh meneroka kreativiti diri sendiri. Malah ianya merupakan hobi yang bermanfaat, terutamanya kepada anak remaja dan pelajar sekolah.


 Projek ini di namakan cadar kait saya♡abc to Z blanket. Ia dilakukan di dalam bentuk empat segi, kemudian ia akan disambung kan berperingkat menjadi cadar.
Ianya menggunakan benang cotton kapas dan abjad-abjad terhasil dari perbezaan kait dan teknik mengait crochet.


Di sini juga kita boleh mempelbagaikan kreativiti dengan kombinasi pelbagai warna benang.


 Projek ini pula di namakan kait crochet Nainai blanket. Ianya merupakan kait crochet jenis Granny Square. Granny Square ialah istilah di mana teknik crochet bagi menghasilkan fabrik bersegi  bermula dari tengah kotak satu persatu dan berpusing. Kemudian ia akan di sambung kan berperingkat menjadi fabrik yang besar seperti yang di ingini.
Kait cadar Nainai ini adalah untuk diletakkan di sofa.
Projek ini pula saya namakan sebagai cadar kait crochet Lovely Buchuk blanket.
Ia merupakan dari benang kapas dan lembut untuk bayi dan kanak-kanak.
Ia juga merupakan jenis granny square. Di sini kita dapat melihat dengan beberapa teknik asas mengait kita dapat menghasilkan granny square yang berbeza dan ia sebenarnya mudah dilakukan.

Terdapat beberapa lagi kait cadar yang telah saya buat dan masih dilakukan dan mengait cadar merupakan hobi yang menyeronokkan.
Jom kita belajar mengait crochet.
BELI & Miliki buku Crochet siri 1: terdapat cara menghasilkan crochet asas granny square mudah.

Menerima tempahan Crochet cadar/blanket handmade with ♥ di >> Pinkyfrogshop (⁀‵⁀,)
Kualiti Cadar kait buatan tangan 100% benang kapas lembut. Sesuai untuk kegunaan katil bayi, alas sofa dan kereta sorong.

Handmade with a lot of cares by Lina A.R at Pinkyfrogshop - Malaysian Crafters
 

©Copyright 2007-2014 We are Malaysian hard-working people doing home-based crochet n knitting and support minimalism in kawaii crafts

Malaysian Handmade Crafts- The Kawaii Geek. | Credit: Ariane