T-shirt Yarn

Friday, December 16, 2011

Kitar semula t-shirt yang tidak digunakan menjadi benang kait.
Gunting lurus- lurus seperti di dalam gambar. Tinggalkan 2 cm di atasnya. Kemudian baru potong menyenget di bahagian yang tidak di potong tadi tuh. Supaya potongan itu sentiasa bersambung.

Gulung molek-molek. Tarik sikit masa menggulung. Memang lenguh sikit bab menggulung ni. Boleh lah tengok TV sekali. XD
Relax lah lepas penat tuh. Banyak betul t-shirt lama nak kena kitar semula nih.  Herm. Fikir apa nak buat dengan benang t-shirt ni.Tengah cari idea.








Kalau tak dapat idea, boleh lah jerit. Bila menjerit orang ingat orang gila mana pulak. Tapi sekali sekala nak jerit, lontarkan suara. Dakpe gaknya.










Bila dah penat jerit, boleh lah tenangkan diri. Fikir balik kenapa nak kena jerit tadi.  Relax-relax je lah.  Tidak perlu fikir perkara remeh, Idea akan datang juga. Sentiasa mencari inspirasi dan mula bekerja sewaktu kita excited. Mesti semangat akan membantu. Yang paling penting, gembira dengan apa yang kita suka lakukan.


 

©Copyright 2007-2014 We are Malaysian hard-working people doing home-based crochet n knitting and support minimalism in kawaii crafts

Malaysian Handmade Crafts- The Kawaii Geek. | Credit: Ariane