Maksud Simbol Kait Crochet di dalam Bahasa Melayu

Monday, December 5, 2011
Di atas adalah sebahagian daripada simbol-simbol crochet yang saya jadikan nota kaki untuk rakan crocheter. Untuk printkan ia, sila klik gambar di atas dan save gambar tersebut dahulu. Ia merupakan kombinasi maksud di dalam bahasa melayu dan terminologi American. Saya masih mengekalkan beberapa terminologi American kerana ianya lebih mudah untuk difahami.

Ada crocheter yang lebih memahami pattern di dalam diagram dan ada yang lebih mahir membaca di dalam arahan ayat. Bagi saya kedua-dua teknik pattern adalah amat penting. Saya yakin dari masa kesemasa anda akan mahir membacanya. Jangan putus asa.

Ada rakan crocheter bertanya kemana saya menghilang, terima kasih kerana bertanya. Saya tidak kemana mana, selain daripada kesihatan yang tidak mengizinkan, saya hanya menguruskan anak-anak,  main kejar-kejar dengan Mitchiko, Ewok dan Mok dan rutin harian yang sangat pack. Selain itu saya sedang melukis pattern untuk buku ke-2 - Topi mudah dan mengedit vlog Pinkyfrog. Ia mengambil masa. Doakan saya berjaya. Saya juga kurang bermain facebook.

Saya harap nota kaki yang saya compilekan ini membantu kawan-kawan crocheter. Crochet dengan gembira.


Inspired from the character of BoboiBoy, Papa Zola.
Kawan Crochet;
( =’o'= ) Lina A.R / Pinkyfrog


 

©Copyright 2007-2014 We are Malaysian hard-working people doing home-based crochet n knitting and support minimalism in kawaii crafts

Malaysian Handmade Crafts- The Kawaii Geek. | Credit: Ariane