I ⓛⓞⓥⓔ♥☜ Johor Zoo

Wednesday, November 2, 2011

Dhiacoco & Encik Tiger. Video lama pengalaman Dhiacoco pergi ke Zoo Johor.


I love Johor Bahru Zoo.

Walaupun keadaan zoo nampak uzur dan tidak terurus seperti zoo di tempat lain. Tetapi saya sangat suka Zoo Johor. Berharap haiwan-haiwan ini dapat di jaga dengan baik di situ. Walaupun serba kekurangan.

Tiket masuk pun hanya RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. Di buka  setiap hari mulai 8am - 6pm.

Bila pergi ke Zoo Johor, disamping mendapat pengalaman, kita juga secara tidak langsung membantu haiwan-haiwan di situ. Kemudian boleh promosikan nya dengan menulis pengalaman kita pergi ke Zoo Johor di blog.

Semoga ada insan yang prihatin / kerajaan negeri dapat menaik tarafkan Zoo yang saya sayang ini. Tidak semestinya perlu cantik. Penjagaan haiwan-haiwan ini dengan baik dan tersusun sudah memadai.

Cakap sahaja nak tengok haiwan apa, semua ada, boleh tengok dekat-dekat lagik. Harimau yang sangat besar grrr!, gajah, burung cenderawasih, unta, ular, biawak, monyet, orang utan semua ada. Tapi buchuk cikit la. Tak apa lah ya. sebab nama pon Zoo.

Persembahan haiwan dan burung juga ada setiap hari. Walaupun persembahan / trick biasa sahaja tapi cukup menghiburkan dan cute belaka. Jika kita bernasib baik, kita akan melihat haiwan di zoo ini secara dekat dibawa berjalan-jalan oleh pekerja / uncle Zoo Keeper. Haiwan pon hendak ronda-ronda, bukan hanya di kurung. Kalau ingin nak jadikan haiwan di Zoo Johor ini sebagai haiwan angkat pon boleh.

Jika ada sesiapa yang datang ke Johor, Malaysia. Jangan lupa melawat Zoo Johor. Buchuk tetapi Terbaik!!!







One of the oldest Zoo in the country.
 

©Copyright 2007-2014 We are Malaysian hard-working people doing home-based crochet n knitting and support minimalism in kawaii crafts

Malaysian Handmade Crafts- The Kawaii Geek. | Credit: Ariane